Adakah anda melabur di ASB?

ASN, ASB: Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri


KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai perbezaan fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri berhubung pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa Pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana ia masih belum menepati hukum syarak.

Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008 memutuskan ianya adalah harus.

"Sebahagian besar daripada pelaburan ASN dan ASB adalah di dalam faktor kewangan konvensional yang membabitkan keuntungan berasaskan riba dan pasaran wang. Apakah fatwa di peringkat Persekutuan berlainan daripada fatwa negeri Selangor? Hadis Rasulullah SAW bermaksud, “Tidak bercampur antara halal dan haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal.," katanya ketika membahaskan belanjawan 2012 di dewan Rakyat kelmarin.

Siti Mariah yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menggesa kerajaan menghapuskan sistem riba dengan tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang dibuat namun cukup sekadar mengenakan yuran kepada rakyat.

"Sudah sampai masanya kerajaan tidak lagi terlibat dengan unsur riba. Semua pinjaman kerajaan perlulah diberi secara tanpa faedah. Kerajaan tidak boleh mengambil keuntungan daripada rakyatnya sendiri.Walau bagaimanapun yuran pengurusan yang berpatutan adalah wajar," katanya.

Katanya, bagi merealisasikan negara tanpa riba, kerajaan harus membuat perancangan berperingkat untuk tidak lagi terlibat dengan riba seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat katanya pernah meminta Menteri Kewangan mengasingkan pendapatan haram dan halal.

"Ahli Parlimen di sebelah sini termasuk daripada DAP sendiri sudah beberapa kali meminta Menteri Kewangan untuk mengasingkan pendapatan dari sumber haram daripada yang halal. Cukai arak, cukai judi, cukai perniagaan khinzir dan lain-lain yang sewaktu dengannya yang faedah diperolehi daripada pinjaman daripada kakitangan kerajaan perlu diasingkan dan digunakan untuk perkara-perkara yang dibolehkan oleh syarak," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga harus memastikan syaraikat berkaitan kerajaan (GLC) mengamalkan pematuhan syariah dalam semua perkhidmatan dan perniagaan.

Penilaian Semula Hukum Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya (Selangor)


Tarikh Keputusan: 12 Apr, 2011

Keputusan:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan


ARKIB : 14/06/2011

KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

ASB/ASN HARAM – JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.



Merokok Daripada Pandangan Islam


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.