Adakah anda melabur di ASB?

Penilaian Semula Hukum Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya (Selangor)


Tarikh Keputusan: 12 Apr, 2011

Keputusan:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan


ARKIB : 14/06/2011

KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

ASB/ASN HARAM – JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.



Merokok Daripada Pandangan Islam


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

ASB melabur dalam British American Tobacco (BAT)

Antara tempat pelaburan ASB pada tahun 2010 adalah dalam syarikat British American Tobacco (M) Berhad.



Klik untuk dibesarkan gambar

Apakah syarikat BAT ini?
Boleh klik di sini untuk dapatkan details : http://www.batmalaysia.com/

Dan dalam syarikat ini, ASB merupakan pemegang akaun sekuriti utama yang kedua.

Apakah pula kata fatwa tentang merokok?
Lihat di sini.

Adakah pelabur ASB yang majoritinya adalah Melayu Muslim sedang melaburkan asap yang terbukti merosakkan paru-paru dan jantung mereka sendiri?

Adakah perlu sangat dilaburkan di tempat ini?

Senarai 20 Pelaburan Terbesar



Antara tempat pelaburannya adalah Maybank di mana selalunya timbul isu yang berkaitan dengan perbankan konvensional.

Kita lihat apa jawapan yang diberikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman seperti yang diberitakan dalam utusan pada 14 June 2011:


Memang semua maklum yang Maybank juga adalah pengendali perbankan syariah melalui  Maybank Islamik. 

Tetapi, para pelabur ASB tidak jelas berapa peratuskah pelaburan dalam perbankan konvensional dan berapa peratuskah perbankan islamik? 

Harap dapat dijelaskan.

Komen Ustaz MAZA


Ustaz Zaharuddin : Pelaburan dan Hukumnya


Komen Ustaz Azhar Idrus


Komen Dr Mahmood Zuhdi


Dividen ASB tidak diwajibkan zakat


ARKIB : 01/12/2006

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN 1
Saya ada mendapat e-mel mengatakan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah haram kerana ASB ada membuat pelaburan yang tidak berlandaskan syarak.

Pada mulanya, memang saya kurang percaya, takut ia e-mel palsu, tetapi setelah saya semak dengan e-fatwa di website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ada fatwa yang menyebut tentang pelaburan ASB ini dalam fatwa Hukum Wang Dividen Dan Bonus ASB. Soalan saya:

1. Apakah hukumnya pelaburan saya di dalam ASB tersebut?

2. Sebelum ini, saya ada mengeluarkan zakat simpanan ASB tersebut. Apakah hukum zakat saya itu?

3. Saya hendak berhenti melabur dalam ASB, saya bercadang untuk mengeluarkan jumlah wang yang saya telah simpan sahaja dan melabur di pelaburan lain. Mengenai bonus dan dividen ASB tu, apakah tindakan yang paling sesuai untuk saya ambil? Bolehkah dividen dan bonusnya saya gunakan untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman pelajaran? Ataupun, bonus dan dividen itu saya derma atau sedekahkan?

JAWAPAN: Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;

* Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:

*.i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.

*.ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.

Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:

Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.

Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.

Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.

Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).

Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.

Hukum Pelaburan Dalam Skim ASB, ASN dan Pelaburan-Pelaburan Lain Seumpamanya (Kelantan)


Tarikh Keputusan: 27 Dec, 2009

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Disember 2009 telah membincangkan hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya adalah diharuskan.

ASN dan ASB (Terengganu)


arikh Keputusan: 1 Mar, 1993
Huraian Tajuk/Isu: Membincang dan menimbangkan ASN dan ASB

Keputusan:

Setelah meneliti draf pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengenai Amanah Sham Nasional dan Amanah Saham Bumiputra, mesyuarat telah membuat beberapa pembetulan adalah sebagaimana dalam lampiran berkembar. Berdasarkan kepada nas-nas daripada fuqaha Islam sebagaimana yang dipetik dan disenaraikan itu dan juga keadaan yang diamalkan oleh Amanah Saham Nasional/ Amanah Saham Bumiputra yang didapati tiada tempat yang nyata haramnya kecuali di dalam institusi kewangan yang dianggapkan ada syubahah di dalam Islam maka Jawatnkuasa Fatwa berpendapat melabur di dalam Skim Amanah Saham Nasional/ Amanah Saham Bumiputra adalah tidak haram.

Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Hukum Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Skim Yang Seumpamanya (WP)

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-pelaburan-dalam-amanah-saham-nasional-asn-amanah-saham-bumiputra-asb-dan-skim-yan

Tarikh Keputusan: 27 May, 2008

Keputusan:

Hukum Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Skim Yang Seumpamanya beserta dengan dividen dan bonus yang diterima daripada pelaburan tersebut adalah harus.

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 10 Jul, 2008

Nombor Rujukan: PMWP/100/20 Klt.2; PN(PU²)530/VI
Akta/Enakmen: Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993