Adakah anda melabur di ASB?

About

Blog ini dibina untuk membuka mata ramai antara kita supaya lebih jelas dengan isu hukum halal atau haram dengan pelaburan ASB.

Anda boleh membaca, mengkaji dan berfikir dan seterusnya mengambil keputusan apakah yang terbaik untuk anda sebagai seorang Muslim.

Anda juga disarankan untuk merujuk pakar ekonomi Islam, asataziah dan para ulama jika masih belum mampu untuk membuat keputusan.

Saya cuba paparkan pelbagai info dan maklumat berkenaan pelaburan ini daripada pelbagai sumber yang jelas.

Saya hanya ingin semua umat Islam dan orang Melayu jelas tentang pelaburan ini kerana kita tidak mahu menjadi umat yang tidak berfikir tentang hukum dan asas Islam apabila membuat sesuatu keputusan.

Allah swt telah mengurniakan nikmat pancaindera dan akal fikiran untuk kita berfikir dan menilai sesuatu perkara dalam urusan seharian kita. Malah, Al-quran dan Sunnah yang dibekalkan sepatutnya menjadi pegangan asas panduan hidup kita.



Saya menulis bukan untuk menyuruh anda berhenti jika anda sudah melabur di dalamnya.
Saya juga menulis bukan untuk menyuruh anda melabur sekarang ke dalamnya.

Harapan saya adalah lebih besar daripada itu.

Insya  Allah.
Selamat Membaca.